BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 14, 2011

:..KEM KEPIMPINAN..:


KEM KEPIMPINAN MMPS 2011

Hari           :  Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tarikh       :  24 – 26 Mac 2011
Tempat     :  Seri Juluk Desort, Naka
Anjuran    :  Badan Dakwah dan Kebajikan


LAPORAN PENDAFTARAN dan DOKUMENTASI


Hari Pertama, 24hb Mac 2011
            Pendaftaran bermula di surau sekolah pada jam 2.45 petang sebelum bertolak ke Seri Juluk Resort, Naka. Pembahagian kumpulan dilakukan dengan membahagikan para peserta kepada 8 kumpulan. Seramai 86 orang peserta menghadirkan diri, manakala 7 orang peserta tidak dapat hadir. 8 orang fasilitator muslimat dijemput hadir. Jumlah urusetia seramai 29 orang yang hadir untuk menjayakan program kem kepimpinan ini.
            Kami tiba di Seri Juluk Resort, Naka pada jam 4.15 petang. Setelah meletakkan barang di bilik penginapan, para peserta dikumpulkan di Dewan Utama untuk mendengar taklimat program yang disampaikan oleh fasi muslimin. Kemudian perlantikan penghulu Imran dan penghuluwati Siti Rahmah dilantik. Penyerahan barang amanah kepada para peserta diberikan, iaitu bendera pelbagai warna mengikut kumpulan dan nombor untuk setiap peserta.
            Selepas solat Asar, LDK 1 diadakan iaitu sesi ta’aruf dan ‘trakemark’ bersama fasilitator dan menyanyikan lagu tema kem kepimpinan, “Sunnah Orang Berjuang”. Makan malam disediakan sebelum solat Maghrib berjemaah bersama fasilitator dan urusetia. Selepas solat Maghrib, tadarus Surah Yasin dilakukan bersama fasilitator di dalam setiap kumpulan. Selepas solat Isyak berjemaah, kehadiran penceramah Ustaz Radhi, bekas seorang penyanyi suatu ketika dahulu menyerikan slot motivasi di samping menyelitkan lagu yang berunsur dakwah beserta penerangannya.
            Pada jam 10.20 malam, modul ‘Tajdid Niat’ dimulakan dengan menyanyikan lagu tema danTimb. kem komander muslimat mengemukakan 4 soalan utama kepada para peserta. Soalan pertama, “Apakah perasaan setibanya di kem?”, kedua, “Adakah bersedia untuk menjadi pemimpin?”, ketiga, “Adakah bersedia untuk ditarbiyah?” dan soalan keempat, “Adakah bersedia untuk menjadi ahli bukan pemimpin?”.  Aktiviti diteruskan oleh kem komander muslimin di kawasan lapang yang diterangi dengan cahaya lampu. Kem komander menegaskan kepada para peserta tentang 3 perkara, iaitu: menepati masa, mematuhi arahan dan berdisplin jika mereka tidak mahu dikenakan denda. Para peserta diminta berada di dalam satu barisan dan peserta muslimin dan muslimat berbaris secara bertentangan            antara satu sama lain.                                                                                                                   
Seterusnya, kem komander meminta salah seorang peserta muslimin dan muslimat membacakan jawapan mereka mengenai 4 soalan utama yang ditanyakan kepada mereka sebentar tadi.
Slot diteruskan dengan peserta disuruh memberikan tema dan objektif yang tepat dan memberitahu petunjuknya ada di sekitar kawasan itu. Lalu para peserta dibahagikan beberapa kumpulan dan diberitahu kawasan yang perlu dicari oleh setiap kumpulan. Kemudian, setelah para peserta berjaya mendapatkannya, mereka diminta menyebutnya tanpa melihat kepada kertas itu dan diberi masa selama 1 minit. Setiap kumpulan perlu mengingati tema dan objektif yang disebut dengan baik, sekiranya tidak dapat dilakukan, mereka akan diberikan denda dengan mencium batang pokok dan tiang elektrik. Para peserta berjaya menjawab soalan-soalan dan mengingat dengan baik serta tidak ada peserta yang dikenakan denda pada malam itu.
            Pada jam 11.50, post-mortem diadakan antara fasilitator dan urusetia. Terdapat beberapa komentar yang dilontarkan. Antaranya mengenai makan yang tidak serentak di antara muslimin dan muslimat yang menyebabkan kelewatan waktu untuk meneruskan slot yang seterusnya. Kemudian, diminta kekosongan waktu diisikan dengan memperbanyakkan zikir. Kem komander memberi taklifat kepada peserta untuk zikir 7 sebanyak 33 kali, membaca surah Saff ayat 1-5 sewaktu melakukan LDK. Solat fardhu juga diketengahkan bahawa fasilitator dan urusetia perlu melaksanakannya secara berjemaah dengan para peserta. Terdapat juga fasilitator yang memberi komen supaya arahan tidak dikeluarkan banyak kali. Seterusnya, Ustaz Abdul Rahim memberi teguran sedikit sebanyak kepada fasilitator dan urusetia serta menanyakan mengenai penginapan, pengangkutan dan sebagainya untuk memastikan segalanya berada di dalam keadaan baik.dan teratur.


           
Hari Kedua, 25hb Mac 2011
            Pada jam 5.15 pagi, Qiamullail dilaksanakan oleh para peserta, fasilitator dan urusetia yang berimamkan fasilitator muslimin. Qiamullail dimulai dengan solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat dan diakhiri dengan solat sunat Witir. Seterusnya solat Subuh secara berjemaah dilaksanakan.
            Pada 7.30 pagi, aktiviti riadah dilakukan oleh para peserta bersama fasilitator di dalam kumpulan masing-masing. Kemudian, bersarapan pagi pada jam 8.00 pagi. Seterusnya slot kuliah pagi yang disampaikan olehUstaz Salim berlangsung pada jam 9.30 pagi. Ustaz menyampaikan kuliah mengenai “Pemimpin Idaman Penyelamat Ummah” serta memberi huraian menarik dan mantap tentang “10 Muwasafat Pemimpin”.
            Slot seterusnya ialah pembentangan kertas kerja yang bermula pada jam 11.00 pagi. Slot pembentangan kertas kerja disampaikan oleh fasilitator muslimin iaitu Suhaimi Saad dengan menerangkan item-item yang perlu ada di dalam sesuatu kertas kerja supaya dapat menghasilkan kerja yang baik diterima. Para peserta membentangkan kertas kerja mereka mengikut organisasi masing-masing pada jam 12.15 tengahari dan selesai pada 12.45 tengahari. Kemudian, para peserta muslimin menunaikan solat Jumaat berjemaah di masjid bersama fasilitator dan urusetia muslimin.
            Slot diteruskan dengan para peserta diminta membuat Taqwim organisasi sekolah mengikut organisasi masing-masing dalam setiap kumupulan dan dibantu oleh fasilitator serta urusetia. Pada  jam 4.00 petang, para peserta diminta membuat pembentangan taqwim yang telah dirancangkan. Pembentangan selesai pada jam 4.45 petang. Selepas itu, para peserta dikehendaki menyalin pakaian riadah untuk meneruskan aktiviti seterusnya, iaitu ‘Explorace’.
Selepas solat Asar berjemaah bersama fasilitator dan urusetia, ‘Explorace’ dilakukan pada jam 5.20 petang. Aktiviti ini mempunyai 5 ‘check point’. Setiap ‘check point’ ada 2 orang fasilitator muslimin dan muslimat serta terdapat 1 adegan denda yang diketuai oleh kem komander dan Timb. Kem komander yang berada di ‘check point 1’.
Di ‘check point’ 1, para peserta diberikan sebanyak 8 soalan. Mereka perlu menjawab kesemua soalan dengan betul sambil fasilitator menitiskan cairan panas  lilin ke tapak tangan setiap ketua kumpulan. Jika para peserta tidak dapat menjawab atau memberi jawapan yang salah, mereka akan disuruh pergi ke adegan denda dan akan di curahkan air tepung ke atas mereka oleh ketua dan timb. kem komander. Di ‘check point’ 2 pula diberi tajuk “Ukhwah dan Kerjasama”, para peserta perlu mengangkat meja yang mengandungi batu-batu seramai 9 orang dan hanya seorang yang memegang batu, denda yang dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan ialah mereka perlu menyanyikan lagu sekolah. Seterusnya, di ‘check point’ 3, “Strategi dan Sikologi” yang mana para peserta perlu memikirkan strategi yang baik dan berkesan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Di ‘check point’ 4, iaitu “Safa dan Marwah”, para peserta perlu belari ke kawasan yang ditentukan oleh fasilitator sebanyak 7 kali. Selepas itu, peserta akan diberikan segelas air, mereka diuji sama ada memberikan dahulu air kepada sahabat yang dahaga ataupun tidak. Akhir sekali ‘check point’ 5, “Wala’ dengan Ketua”, para peserta akan ditutup mata dengan kain dan fasilitator akan memberitahu ahli kumpulan bahawa ketua kumpulan menyuruh mereka mencium bau air ikan bilis dan bawang. Ketua kumpulan diberikan air gula dan terpulang kepada ketua kumpulan sama ada ingin menyuruh mereka minum atau sebaliknya.
Selepas makan malam dan solat Maghrib berjemaah, fasilitator memberikan sedikit pengisian dan seterusnya solat Isyak berjemaah bersama fasilitator serta urusetia. Kemudian, pada jam 9.20 malam, sesi taa’ruf fasilitator muslimin dan muslimat dilakukan. Setelah selesai fasilitator memperkenalkan diri masing-masing, slot diteruskan lagi di dataran lapang Seri Juluk.
Kem komander menyuruh para peserta mengambil buah limau bali dan memerhatikan bagaimana mereka melakukannya. Ternyata hasil yang dilakukan seperti agak mengecewakan kem komander. Lalu, para peserta diberi teguran supaya tekankan musyawwarah dalam melakukan sesuatu tindakan, perlukan aturan yang teliti, dan perlu menanyakan apa yang dikehendaki oleh kem komander. Selepas itu, para peserta disuruh berada dalam satu barisan dan memberi arahan kepada penghulu dan penghuluwati untuk mengambil buah limau. Para peserta perlu berada rapat dan memegang peserta di hadapan serta di suruh berjalan sambil menghabiskan limau tersebut. Para peserta diberi masa selama 10 minit.
Sebelum menikmati jamuan BBQ, para peserta diminta membuat persembahan berdasarkan nombor-nombor bertuah yang dicabut oleh fasilitator. Antara persembahan yang dilakukan salah seorang peserta muslimat ialah, deklamasi sebuah sajak, membaca doa makan dan memberitahu adab-adab makan. Manakala peserta muslimin pula, mengumandangkan azan dan menceritakan kisah yang menyayat hati iaitu tentang kematian ayahnya.
Selepas makan, para peserta membaca surah Al-Mulk bersama fasilitator. Kemudian, ‘post-mortem’ fasilitator dan urusetia diadakan. Terdapat beberapa komen dan cadangan yang diberikan fasilitator dan urusetia. kem komander memberi penjelasan dan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang timbul dengan baik. Seterusnya, kem komander memberitahu tentatif untuk keesokan hari dan memberi ucapan serta kata-kata kepada semua fasilitator dan urusetia memandangkan ‘post-mortem’ yang diadakan itu merupakan yang terakhir pada malam itu.


Hari Ketiga, 26hb Mac 2011
            Hari terakhir kem kepimpinan MMPS 2011 di Naka bermula dengan slot muhasabah pada pukul 4.00 pagi. Slot itu berlangsung di kawasan padang resort dengan nyalaan unggun api. Bagi kumpulan yang tidak menjaga barang amanah dengan baik iaitu bendera, akan diambil oleh fasilitator dan akan dilemparkan ke dalam unggun api. Bagi peserta yang benar-benar mahukan bendera tersebut akan berlari mendapatkannya sebelum hangus dibakar api. Seterusnya, para peserta diberi motivasi secara tegas dalam memberi penekanan terhadap kepimpinan.
            Kemudian, para peserta solat Subuh berjemaah bersama fasilitator dan urusetia. Kuliah subuh diserikan dengan kedatangan Ustaz Nizam Noh menyampaikan motivasi tinggi dan menarik kepada para peserta agar mereka lebih bersemangat untuk menjadi seorang pemimpin. Setelah bersarapan pagi, ceramah pagi disampaikan oleh Ustaz Azki, pensyarah daripada KUIN dengan memberikan pendedahan kepimpinan melalui power point atau ‘slideshow’ yang menarik dan berkesan. Selain itu, Ustaz Azki juga memberikan beberapa soalan yang membina kepada para peserta tentang kepimpinan.
            Akhir sekali, acara penutupan majlis diserikan dengan kedatangan PK Akademik, Ustaz Yusri Bin Yahya, Ustaz Salim bin Hj Mahmood serta kem komander, saudara Afifuddin. Majlis dimulai dengan ucapan penutup oleh Ustaz Salim dan seterusnya Ustaz Yusri. Kemudian majlis penutupan dirasmikan oleh Ustaz Yusri dengan lafaz ‘basmallah’. Sebelum mengakhiri program, para peserta disediakan ‘slideshow’ untuk ditonton, iaitu rakaman detik-detik yang sempat diambil sepanjang program sebagai kenangan 2011.
            Seterusnya sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik muslimin dan muslimat. Juara bagi kumpulan muslimin dimenangi oleh kumpulan 4, manakala kumpulan muslimat dimenangi oleh kumpulan 3. Fasilitator juga turut menerima cenderamata daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan atas kesudian dan kerjasama mereka dalam menjayakan kem kepimpinan MMPS 2011. Kemudian para peserta membaca doa perpisahan dan bersalaman di antara satu sama lain. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.
            Selepas makan tengahari dan solat Zohor, para peserta, fasilitator dan urusetia mengemas barang masing-masing untuk pulang. Bas bertolak ke MMPS pada jam 3.00 petang dan Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan berjaya tiba di MMPS dengan selamat.




ORGANISASI PUTERI



BIL.
NAMA URUSETIA
JAWATAN

1.
CHE NOOR ASRIYAH BT AHMAD
TIMB. PENGERUSI
2.
NUURUL LAILA EIZZAH MOHAMAD NOOR
TIMB. SETIAUSAHA
SUMAYYAH BT AHMAD BUSTAMAN
TIMB. BENDAHARI
4.
NOR SYAZWANI BT IBRAHIM
K. PENDF. DOKUMENTASI
5.
EINAS BT MOHD MUHYIDDIN
TIMB. PEN. DOKUMENTASI
6.
NUR ANNISSA’ BT MOHAMAD FOAD
K. DISPLIN & KESELAMATAN
7.
NURUL SUBHIYAH BT. HALIM
TIMB. DISPLIN & KESELAMATAN
8.
NUR FATIN IZZATI BT ABD. RASHID
TIMB. DISPLIN & KESELAMATAN
9.
NUR THOHIRAH BT MOHD NAIEM
TIMB. IBADAT
10.
SITI HASRIAH BT SHAARI
K. PENGISIAN
11.
FITRIAH MUNIRAH BT OSMAN
TIMB. PENGISIAN
12.
NORASYIKIN BT ABDUL MANAFF
K. PENGINAPAN & KEBAJIKAN
13.
SITI SOLEHAH BT THALHAH
TIMB. PENGINAPAN & KEBAJIKAN
14.
NAWAL BT MOHD TARMIZI
TIMB. MULTIMEDIA
15.
AAISYATUL HUMRAAK BT OMAR
TIMB. MULTIMEDIA
16.
SAHILA BT ABDUL MANAFF
K. UNIT-UNIT KHAS
17.
HANNAH BT MOHD HAFIZ
TIMB. UNIT-UNIT KHAS
18.
NURUL SAADAH BT FADZIL
K. CENDERAHATI
19.
NOR IBTISAM BT SUBRI
TIMB. CENDERAHATI
20.
NOOR SYAZWANI BT SHUKRI
K. UNIT MAKANAN
21.
NOR SYAIRAH BT IBRAHIM
AJK MAKANAN
22.
NUR ALINA BT ABDUL RAHIM
AJK MAKANAN
23.
NURUL ALIAA’ BT ABU BAKAR
AJK MAKANAN
24.
NUR AMANI BT ALI
AJK MAKANAN
25.
FATIN HANANI BT ISMAIL
AJK MAKANAN
26.
ATIQAH BT MOHAMAD
AJK MAKANAN
27.
UMMU KHAIR FATIMAH BT OMAR
AJK MAKANAN
28.
SALWA BT AYOB
AJK MAKANAN
29.
KAMILAH BT ALI
AJK MAKANAN

















































































































































































Monday, February 28, 2011

:..HaBiBuLLAH..:

 
جمعية الدعوة    والخيرية      

لقمان الحكيم

 


MAULID KEKASIH MULIA

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad S.A.W merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa a.s.



Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
v  Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
v  Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
v  Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Keajaiban Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu lain yang hamil.
Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
      Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
     Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
      Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
      Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebasan manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.

Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa a.s.
       Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.


Keajaiban Semasa Kelahiran Baginda S.A.W

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
      Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah.

 Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikan ku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.

Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail. Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji.
      Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula ke tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : “Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?”
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah Khatamun Nubuwwah,( penutup segala nabi ).

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah S.W.T, sekali gus sebagai bukti kerasulannya selain bukti -bukti tersebut juga telah dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan yang terakhir.


Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
 Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
 Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
 Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Wednesday, February 16, 2011

:..PROGRAM PELANCARAN USRAH..:





DINAMIKA HALAQAH 2011

MEMBINA GENERASI BIAH SOLEHAH


TARIKH    :  12 FEB 2011
HARI          :  SABTU
TEMPAT    :  DEWAN MAKTAB MAHMUD POKOK SENA
ANJURAN :  BADAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN




VISI dan MISI

Menyemai dan menanamkan pemikiran Islam seterusnya membentuk generasi yang berpotensi bagi menggerakkan Harakah Islamiyyah di samping sebagai badan induk di maahad.

  • Melatih pelajar berorganisasi
  • Melatih pelajar-pelajar merumus, menyelaras dan melaksanakan program-program
  • Tarbiah Islamiah
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menangani masalah ummah Islam pada masa yang akan datang.
  • Membantu pihak sekolah mengatur dan menyusun program supaya selaras dengan lunas-lunas Islam atas nasihat guru-guru penasihat
  • Melatih pelajar-pelajar berdakwah melalui projek yang pelbagai, seperti ekonomi, penerbitan dan percetakan, usrah, kegiatan luar dan lain-lain.


KOODINATOR PROGRAM



PENGARAH   :  CHE NOR ASRIYAH AHMAD
S/U                  :  NUURUL LAILA EIZZAH MOHAMAD NOOR
P. S/U              :  UMAIROH BT ABDUL WAHAB
                        :  BARIYATUL BUSHRA ABDUL RAHMAN



UNIT MULTIMEDIA dan TEKNIKAL

NUR IRNA SYUHADA ISHAK
AAISYATUL HUMRAAK OMAR
NUR THOHIROH MOHD NAIEM


UNIT PERSIAPAN DEWAN

NUR SAHILA ABDUL MANAFF
NURUL SUBHIYYAH HALIM
NURUL ALIAA' ABU BAKAR


UNIT DISPLIN dan PROTOKOL

NOR SYAIRAH IBRAHIM
FATIN HANANI ISMAIL
NOR SYAZWANI IBRAHIM


UNIT TUGASAN KHAS

NORASYIKIN ABDUL MANAFF
SITI FATIMAH MOHD RAAFE


UNIT CENDERAHATI

SUMAYYAH AHMAD BUSTAMAN
NURUL SAADAH FADZIL


PENGERUSI MAJLIS

SITI RAHMAH ISMAIL
NAWAL MOHD TARMIZI



LAGU TEMA USRAH 2011 : DOA RABITAH

 Sesungguhnya Engkau tahu,
 bahawa hati ini telah berpadu,
 berhimpun dalam naungan cinta-MU

 Bertemu dalam perjuangan,
 bersatu dalam perjuangan,
 menengakkan Syariat dalam kehidupan,

 Kuatkanlah ikatannya,
 kekalkanlah cintanya,
 tunjukilah jalan-jalannya,
 terangilah dengan cahaya-MU
 yang tiada pernah padam...


 Lapangkanlah dada kami dengan 
 karunia iman
 dan indahnya tawakkal pada-Mu
 hidupkan dengan Ma'rifat-MU
 matikan dalam syahid di jalan-MU
 Engkaulah pelindung dan pembela...


 ya ROBBI, bimbinglah kami...